Saturday, December 27, 2008

Mengunjungi Tok, Sungai Petani dan Sik, 25-27 Disember 08: Catatan Cik Lilie - Bahagian Satu (Hari Pertama)

Mengunjungi Tok, Sungai Petani dan Sik, 25-27 Disember 08: Catatan Cik Lilie - Bahagian Satu (Hari Pertama)


Perancangan:

Telah lama saya tak balik Kedah, adalah hampir 2 tahun! Kalau nak tunggu sampai tak sebuk, huh sampai bila2 punlah saya tak balik Kedah. Maka saya ambil keputusan utk mencuri peluang cuti Hari Natal utk balik ke Kedah. Sayangnya Cik Lin tak dapat cuti pada tarikh yg dirancang. Saya balik Kedah seoranglah...

Kajian saya tentang cara yg paling baik utk ke Sungai Petani (SP) dari Kuantan adalah dgn mengambil penerbangan 'direct' Firefly kuatan – Penang. Dari Penang ke SP banyaklah pilihan. Saya pilih utk menyewa kereta utk membawa saya ke SP dari Penang. Saya pun tempahlah tiket Firefly kuantan – Penang dan menempah kereta sewa melalui internet. Nanti kalau ada kereta tak perlulah menyusahkan org utk ambik dan hantar dari SP ke Penang, especially masa nak balik nanti, kerana jadual penerbangan terlalulah awal. Saya perlu berada di Penang Airport pd 6.30 pg utk balik nanti. Dan jika ada kereta nanti mudah lah utk bergerak, nak balik Sik ke etc…

Perjalanan Pergi:

Bergerak dari rumah pada 7.45am (25 december 08)
Badan terasa sedikit letih kerana saya oncall sehari sebelumnya. Nasib baik tiada pangilan pada pagi2 buta. Jika tidak mungkin saya terlepas penerbangan. Jadual kapal terbang pada 9.10am Sampainya di Airport (8.00 +) saya mempunyai sedikit masa, maka saya dan Cik Lin pun makanlah sarapan.

Dalam pukul 8.45am, saya masuklah keruangan menunggu.
Dan, tibalah kapal terbang saya, Firefly ATR 72. Sebenarnya, saya ada sedikit gementar utk menaiki kapal terbang ini, ya lah kapal terbang kecik + kipas kat luar. Tapi terpaksalah tabah kan hati..



Memasuki kapal terbang Firefly ini amat lah mengejutkan saya. Ruang dalaman nya agak cantik dan kemas, jauh lebih kemas dari AirAsia! Penerbangan ke Penang juga amatlah lancar dan baik. Cukup mengagumkan!! Tak sangka penerbangan begitu ‘smooth’. Firefly ni pun terbang tak lah tinggi sangat, jadi pemandangan lebih panoramik. Yang paling seronok sekali adalah apabila dia nak mendarat. Tak lah menjunam macam kapal terbang yg lain, tetapi seperti ‘gliding’ dan dapat tengok permandangan dgn lebih puas…




Setibanya saya diAirport, kereta sewa telah menuggu. Setelah membayar sewa dan deposit, dan menandatangani beberapa dokumen, saya pun masuk dan terus memandu ke arah SP..




Penang telah banyak berubah. Utk ke Jambatan Pulau Pinang saya menyusuri highway dua tingkat ala-ala highway kat MRR2. Banyak bangunan kediaman pencankat langit. Sedikit sebanyak mengingat saya terhadap Singapore…Canggih Penang sekarang…

Jambatan Pulau Pinang sedikit sesak! Ada kerja2 nak tambah ‘lane’ + dan tak silap sayalah, ada kerja2 ingin menukar cable kat tengah2 tu. Dan ada pulak kemalangan kat sebelah bertentangan. Macam biasa lah, belah sini pun ‘jam’ sekali..huh..!!



Dari seberang Jaya ke SP, perjalanan pun agak sebuk dan hujan renyai2. Pasti org mengambil kesempatan cuti Hari Natal utk balik ke kampong. Setelah 45min mengharungi lebuh raya, sampai lah ke rumah Pak Long (Ayahandaku) yg letaknya cuma selang serumah dgn Pak + Mak Tam…

Tiba:

Setibanya saya di destinasi, ternampak lah Hasif di daun pintu rumah Pak Long. Terus saya mengajak Cik Hasif utk ke rumah ibu nya Mak Tam. Setibanya, saya di rumah Mak Tam, ramai ada. Pak + Mak Tam, Syafiq, Abg Teh (Imran), Zahidah, Amar. Terperanjat jugak lah tengok Zahidah dan Amar dah besar!! Kami pun bersalam2 man. Banyak yg diborak kan. Ya laaa dah lebih kurang 2 tahun kami tak berjumpa. Sambil2 berborak, Mak Tam menjamu kami Laksa Penang. Beliau tahu, laksa adalah kegemaran keluarga saya, terutamanya Pak Long, Abg Azrul & Yeye. Saya pun gemar jugak. Laksa Penang ni memang original lah! Lagi ‘umphh’ dari yg ada kat pantai timur! Kami pun terus borak dan makan, dan borak dan makan, sehingga saya tak dapat bangun! Aduh kembung perut ku! Saya bercadang utk pergi melawat Tok terus, tetapi Pak + Mak Tam mengesyorkan saya berehat lah dulu dan lepas Asar baru lah pergi. Maka saya pun ambik lah barang2 kat kereta dan pergi kerumah Pak Long. Tertidurlah saya didepan TV…



Melawat Tok.

Saya terjaga dgn laungan Azan. Hah dah Asar! Terasa rugi pulak masa, memandangkan waktu saya di SP ni agak terhad…

Cepat2 semayang, dan ajak cik Hasif dan Mak Tam utk tengok Tok. Cik Hasif tak dapat nak ikut disebabkan mendapat pangillan dari kawan, yg tayar motornya meletup. Saya, Mak Tam, Zahidah dan Amar pergi melawat Tok..



Tok atau nama penuhnya Hajjah Gayah bt Ali, menetap di G-Nursing home Sg. Petani semenjak beliau kurang sihat. Tahap kesihatan nya memerlukan pemerhatian professional. Telah dipersetujui utk menempatkan Tok di Nursing Home tersebut, memandangkan kakitangan Nursing home ni amatlah terlatih, walaupun kos nya agak tinggi. Apa yg terbaik akan kami lakukan utk Tok tersayang..



Setelah lama tak berjumpa Tok, hati saya menjadi sayu melihat keadaan Tok yg lemah. Berjumpa Tok, mengingatkan saya kenangan bersamanya diwaktu saya kecik. Ini lah Tok yg tak kira letih atau lelah, pasti menegembirakan kami terutamanya semasa kami balik ke Sik utk berhari raya. Masakan gulai ikan beliau adalah lagenda. Ini juga lah Tok yg ‘perhambat’ kami turun dari pokok rambutan, waktu kami cukup ‘bulas’, kerja nak panjat pokok sahaja. Ini lah Tok yg akan memberi wang saku setiap kali kami ingin pulang ke rumah, lalu dinasihatkan supaya berlajar rajin2, dan berlinanganlah air mata2 nya sambil melambai2 kereta kami berlalu pergi..Sayu hati saya berjumpa Tok sebegini...



Walaubagaimanapun, perasaan sedih teramat sangat tidak lah berfaedah. Cuma perlu lah kami mencekalkan diri, meredhakan ketentuan tuhan, berdoa dan berusaha yg terbaik utk kebaikkan beliau, sepertimana Tok sentiasa mendoakan dan mengembirakan kami sewaktu kecil…

Makan Malam.

Setelah melawat Tok, kami pusing2 bandar SP. Bandar SP pun sudah banyak berubah. Jalan2 pun dah besar2. Lampu2 bergemerlipan…

Sebelum kami pulang teringat pulak saya kpd Aryah Mak Long (Cik Mak), yg tak pernah lupa membelikan ole2 bun & kek jika kami ke SP. Anak2 Mak Tam memang suka makan bun & kek. Lalu saya bawalah rombongan kami singgah ke kedai Kek Fatimah di pekan SP dan memborong bun etcs…



Setelah Maghrib, kami makan beramai2 di rumah Mak Tam. Laksa & bun2. Selesai ‘makanan turun’ + borak2, kami pun bercadang utk ke Penang, pusing2…

Penang Diwaktu Malam..


Saya, Syafiq, Hasif, Zahirah dan Amar, pergi ke Penang selepas makan malam. Dari SP, kami mengambil jalan lama. Jalan nya agak sunyi dan perjalanan utk ke Butterworth mengambil masa 30min. Kami ke Penang menaiki Feri. Dari jauh, Penang dah kelihatan seperti Hong Kong. Waterfront dia dipenuhi dgn banggunan pencakar langit. Lampu2 neon juga bergemerlipan…



Kami singgah dan jalan2 di Padang Kota Lama. Santai di padang, yg masih bergelanggang tennis, upacara yg tak menjadi tempoh hari. Kami menikmati permainnan layang2 org2 disitu…



Setelah lepak2 di Padang Kota kami pun pergi kearah Gurney Drive. Kami cuma menaiki kereta melalui Gurney Drive. Ada diantara kami yg kurang berani utk keluar memandangkan ada insiden kereta ditendang semasa sambutan Hari Natal sehari sebelumnya. Gurney Drive di barisi hotel2 5 bintang dan Pub2 yg kebanyakkan dikunjungi oleh warga asing. Setelah habis di Gurney Drive kami pun ke arah Jambatan Pulau pinang utk pulang. Sebelum itu sempat jugak kami singgah si Sungai Dua utk makan Char Kuey Teow…



Selepas makan kami terus balik ke SP melalui jambatan PP, dan highway utara selatan. Kami tiba di rumah lebih kurang 1 pagi…Kami merancang utk ke Sik, keesokkan hari nya….

Bersambung....


--------

Bahagian seterusnya:




Sik, Menziarahi Pusara Pak Ndak, Melawati Pak + Mak Su, Perangin, Piknik di Lata Mengkuang, Tok, Makan Malam & Beborak

Wednesday, December 24, 2008

Azlie Akan Ke SP !!!!

Esok 25 hingga 27 disember 2008, saya akan ke Sungai Petani utk melawat Tok, dan juga geng2 di SP dan mungkin Sik. Nanti akan saya catatkan perjalanan ini kedalam blog ni. utk geng2 SP, jumpa disanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

azlie

Saturday, December 20, 2008

Toqwan Noq's Legacy...

Assalammualaikum and Takbir!!(heheheh). A very warm welcome to my cousins and guest…Finally we have our very own official blog. Congratulations!!...So here goes…

2008 nearly ends…And…though it’s a lil sad thinking that hahahah we are all getting older…but…again its just a matter of numbers!!...But let’s not worry bout the unnecessary things for now..There’s so much to come …For us!!! Especially our new blog!!!...Toqwan Noq’s legacy…We are his precious legacy!!! 3rd generation…

Before I keep on babbling …Let me congratulate to Rahman’s clan…hahahah for organizing this official blog…Standing ovation for Abang Azlie (the moderator), Abang Azrul, Anirah, Yeye…(perosak undi!! Wink wink!!) and to Jamaliah’s clan as well, especially kak cik Zahirah…(thanx for the follow up sis!)…

Thanx to Rahim’s clan…Nani for erk..let me see…come up with this catchy and compact title( Very animated nanie!!)…Well I do hope Mohamad’s clan can participate and contribute in this blog!!!...Abg Azlie…can we write in both malay and English?...Since,erk…’he’ can read and understand . Possible?..Anyway…InsyaAllah…let’s make it happen… Ok…So as I’ve been told, we will have official launching at Angklong’s house…hahahaha if it’s permissible. A small get together rite?...Looking forward to that!!...By the way..what’s the menu?

Let me list down our member’s… Tokwan Noq’s Legacy!!!

Abd Rahman Md Nor + Hasnah
1. Azrul Faizi + Zawaliah
2. Azlie Faizal + Kak Lin
3. Azran Farouq
4. Nur Anirah

Abd Rahim Md Nor + Noriah
1. Amirul Allimein + Hanismah
2. Alina Munirah
3. Anna Rohainie
4. Amirah Nur Ezra

Jamaliah Md Nor + Mohd Ghouse

1. Shafiq
2. Nur Zahirah
3. Imran
4. Hasif
5. Zaidah
6. Amar

Mohamad Md Nor + Zarina

1. Ani Diyana
2. Adi Taufik
3. Alia Zaitie
4. Mustaqim

I think..enough for the day…Will update any upcoming events..(If there’s any) …to you guys…Assalammualaikum.

Signing Off…
Royal Highness Alina